Saturday 7 March 2015

PERCUTIAN EWAL BERSAMA EWAL SUPERFRIENDS (ESF) DI CHERATING


Pada 28 Februari lepas EWAL telah membawa EWAL Superfriends (ESF) untuk bercuti selama
3 hari 2 malam di Little Bali Cherating yang terletak lebih kurang 40 minit dari bandar Kuantan, Pahang.
LITTLE  BALI  CHERATING

Kami tiba di Cherating pada jam 3pm. Lepas check-in & berehat jap, Mama Myn bawa ESF ke Pantai Cherating untuk 'hi-tea'.
Makan keropok lekor & minum air kelapa mengadap Laut China Selatan, diiring angin pantai yang sepoi menyepoi. Tapi sedih... Ewal tak dapat join sebab tak berapa sihat, batuk dah 4 hari. So, sampai je Cherating terus makan ubat dan tertido sampai Maghrib.

Lepas 'hi-tea', Mama Myn bawa ESF semua ke pantai.
Apalagi..Posing le..
Posing lagiiii...


MISS CHINA TOWN @ LITTLE BALI CHERATING
Sebelah malam baru Ewal join ESF di Little Bali Cherating, ada event Miss Chinatown 2015. Peserta dari Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Lawa lawa peserta pesertanya weyyyyhhhhh!!! Tergugat iman ku... :)

Abis je Miss Chinatown 2015, turn kami pulak posing posing. WELLLLL...
Yang paling best, semua ESF pakai t shirt official Ewal Superfriends yang baru.
Cantik tak? Comey tak?

Kalau sesiapa nak t shirt limited edition EWAL SUPERFRIENDS, Whatsapp 019 200 2028
Ada saiz dari XS hingga XXXL. Yang dalam gambar atas, saiz XXXL
Cepat Whatsapp! Siapa cepat, dia dapat  :)




HARI KE 2

Haaaaaa!!! baru sihat sikit, terus pi cari Keropok Lekor & Satar kat Teluk Mak Nik, Kemaman, Trengganu. Pada yg tak tau Satar tu apa..uolls kena try bila sampai Trengganu.

Satar adalah makanan ringan yang istimewa dari Trengganu, yang diperbuat dari
campuran ikan yang ditumbuk bersama cili dan halia.
Ianya dibalut dalam daun pisang berbentuk segitiga piramid.
Setiap satu Satar yang siap dibungkus akan dicucuk seperti satay gergasi
dengan besi / batang buluh dan dipanggang atas bara api.

Sangat sedaaaaapppppppppp, i tell youuuuuuu....

Bersama ESF terus posing dimana saja..
Tauke kedai pulak ajak bergambar. Dia kata, dia suka Ewal nyanyi lagu P Ramlee,
'Jeritan Batin Ku' masa Ewal kat AF.
Nasib baik dia tak suruh Ewal nyanyi kat situ, kalau tidak lagu P Ramlee jadi lagu Ramli Sarip :)



Abis je shopping Satar, Nad ajak pi Kuala Kemaman.
Buat apa?!?

POSING Laaaaa!!!



Jealou
s takk?? Jealous takkk?!?!

Tu la... Ewal ajak join hari tu, semua tak nak... 


AKTIVITI  KECERGASAN




BAYMAX  IN  ACTION!!!

Ko mampuuu?!?


Ni pulak kami posing di kampung nelaya Kuala
Kemaman



On da way balik ke Little Bali Cherating, kami singgah Santuari Penyu sebelah Club Med. Nak tengok penyu.
Moh tengok...







Ni video masa Ewal melawat Santuari Penyu bersama Tourism Malaysia, masa zaman zaman IQWAL.
Selamat menonton :)




EWAL  &  EWAL SUPERFRIENDS (ESF)
Nad & Mama Myn @ Santuari Penyu


DEE THE SERIES

Balik je dari Santuari Penyu, kami ke Little Bali Cherating utk tengok siaran ulangan
DEE THE SERIES


Abissss je DEE THE SERIES kami mulakan aktiviti terjun laut di Little Bali Cherating. Jom tengok video!!!


VIDEO  ESF  DI  LITTLE  BALI  CHERATING





EWAL  IN  ACTION!!!







Best kannnn??!!?




Firefly Watching Trip

Dah puas mandi manda, kami terus balik ke chalet utk bersiap nak pi tengok Kelip Kelip di Cherating.
Bestttttt!!!!  Naik bot pi tengok Kelip Kelip (Firefly)





HARI KE 3

Tiba masa untuk pulang...
 Yang tengah tengah tu, Chico (DJ Shah) adik Mama Myn, hensem kan???
Kalau ada yg berminat, contact Ewal je..*mas kawen boleh runding ;)

 Sedih nak berpisah walaupun terukir senyuman dibibir yg suuuweeeeeeet sangat..
Terpancar kesedihan dimuka Syaz.. *Fokus! Fokus!
Jangan sedih yaa.. nanti kita jumpa lagi, kita boogie! Woogie!



I  LOVE  YOU  EWAL SUPERFRIENDS!!!