Tarikan pelancongan yang popular di Gohtong Jaya,bandar utama di Genting Highlands. Genting Strawberry Leisure Farm adalah ladang strawberi berkonsepkan gabungan unsur unsur pertanian, perniagaan & percutian yang diilhamkan oleh para profesional yang berpengalaman dalam bidang pertanian & industri pelancongan untuk memenuhi keperluan pelancong tempatan & luar negara.
VIDEO IQWAL @ Strawberry Leisure Farm & Pusat Serangga Sedunia
Khas bagi pencinta pencinta strawberi, ini adalah cara terbaik menikmati pengalaman untuk melihat sendiri bagaimana strawberi ditanam secara hidroponik. Dalam lawatan kami, pemilik Strawberry Leisure Farm telah memberi peluang kepada kami untuk memetik sendiri strawberi segar yang telah masak untuk dibawa pulang. Ianya merupakan satu pengalaman menarik dan tidak ternilai
Kami berehat seketika di Strawberry Farmhouse Cafe di mana anda boleh menyegarkan diri dengan minuman jus strawberi yang segar, ais krim strawberi, wafer strawberi dan produk makanan lain yang dibuat dari strawberi.
Saya juga cuba Strawberry Stick yang terkenal dan buah strawberi yang disalut dengan coklat.
Saya juga cuba Strawberry Stick yang terkenal dan buah strawberi yang disalut dengan coklat.
Selain dari ladang strawberi, pengunjung juga boleh melawat pusat tanaman cendawan, pokok pokok herba, taman bunga lavendar dan sayur-sayuran hidroponik, yang juga ditanam di sini secara komersial ditapak semaian yang terletak berdekatan Strawberry Leisure Farm. Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang dan kemasukan adalah percuma, kecuali ladang Lavender.
Lokasi
Genting Strawberry Leisure Farms,
No.1, Lot 3707, Jalan Jati 2,
Bandar Gohtong Jaya,
69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur.
Tel: + 603-6100 1121
Laman web: www.gentingstrawberry.com
GPS Coordinates: 3.398617,101.766817
PUSAT MADU LEBAH & SERANGGA SEDUNIA
Satu lagi tarikan di Genting Highland ialah Pusat Madu Lebah & Serangga Sedunia iaitu Pameran serangga & rama rama yang terdiri dari pelbagai saiz. Dipintu masuk pengunjung akan disambut oleh struktur Kumbang Badak buatan manusia; kumbang yang terbesar didunia.
Yang dipamerkan di pusat tesebut adalah :
*Rama Rama & Serangga yang terdapat di Malaysia
*Variasi warna rama rama diseluruh dunia
*Pelbagai saiz serangga diseluruh dunia
*Rama rama tiruan
*Serangga subspesies
*Rama rama tiruan
*Serangga subspesies
*Binatang pelik
Replika Ladybird |
Katak Daun (MEGOPHRYS NASUTA) Ianya mirip daun kering yang gugur |
PUSAT MADU LEBAH
Ladang lebah di Happy Bee Farm, dikendalikan secara semulajadi, dimana semua lebah lebah yang terdapat dipusat ini dibiarkan bebas mencari manisan mereka sendiri dari hutan yang luas disekitar Genting Highlands. Jadi, madu yang tedapat di sini adalah tulen dan semula jadi. Penuh dengan protein yang tinggi dan nutrien yang boleh dinikmati di dalam semua bentuk penggunaan. Madu digunakan secara meluas untuk ciri-ciri perubatan, pemanis semulajadi untuk minuman panas atau sejuk, untuk membuat kek, kuih atau pastri, disapu pada roti bakar, dicampur bersama bijirin, dibuat gula gula dan banyak lagi.
Ramai pengunjung ke ladang ini teruja untuk melihat sendiri kehidupan lebah hidup dan habitat lebah hidup. Happy Bee Farm bertujuan untuk mendidik pelawat tentang lebah madu dan betapa pentingnya bekalan makanan kita melalui pendebungaan. Ladang ini menawarkan banyak maklumat mengenai produk lebah seperti lebah debunga, royal jelly , propolis , sarang lebah dan lain lain. Pakar pakar lebah dipusat ini, akan memberi maklumat tentang keseluruhan proses pembiakan lebah dan pemprosesan semulajadi madu lebah dari awal hingga akhir.
Penulisan oleh : Myn Khairuddin-Rusman
Gambar & Video : Myn & IQWAL
Suntingan Video : IQWAL