Wednesday, 15 January 2014

REFRESHING SPRING RESORT


REFRESHING  SPRING  RESORT
Terletak di Kampung Gumut, Kalumpang, Selangor.
Dengan 
keluasan 32 hektar, diliputi keindahan alam semulajadi yang menghijau & menyegarkan. 
Mengambil masa hanya 1 jam setengah sahaja dari Kuala Lumpur.


*VIDEO IQWAL DI REFRESHING SPRING* 

Percutian di Refreshing Spring Resort adalah percutian yang 
ideal untuk anda terutamanya ketika musim durian.

Anda boleh menikmati durian yang enak tanpa sebarang caj tambahan.

Pokok durian disini kebanyakannya renek dan boleh dipetik tanpa menunggu ianya gugur.

Terdapat lebih kurang 250 pokok durian, pokok cempedak, rambutan, kedondong, pulasan dan longandi Refreshing Spring Resort.

Refreshing Spring Resort juga menawarkan platform yang baik untuk aktiviti teambuilding, kem motivasi, persidangan, hari keluarga dll.

Ia juga menyediakan pelbagai jenis penginapan yang sesuai dengan keperluan anda seperti studio, chalet dan asrama dan juga dewan persidangan.




Untuk penginapan di Refreshing Spring Resort, kami diberi sebuah chalet 2 bilik yang lengkap dengan penghawa dingin di ruangtamu, dapur dan disetiap bilik.
Ruang tamunya, luas dan selesa. 
Ianya bersambung dengan dapur.
Bilik airnya juga bersih dan 
dilengkapi pemanas air. 

PAINTBALL
Pada petangnya, kami kepadang untuk aktiviti Paintball.

Sesampainya kami dipadang Paintball, kami amat terkejut kerana disekeliling padang Paintball dipenuhi dengan pokok pokok durian.hmmmm..tunggu masa nak gugur je..


Hujan turun agak lebat juga petang tu.Namun semangat nak main paintball amat menebal, barulah rasa cabarannya. Main dalam hujan tuu…bestttt!!!





Selesai saja bermain, kami terus menuju kekolam air panas semulajadi untuk berendam seketika, selepas penat bermain Paintball. Kolam air panas ini terletak berhampiran pintu masuk Refreshing Spring Resort. Ianya terbahagi kepada 2 bahagian; panas dan yang tidak begitu panas, yang sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak anak.


Pada sebelah malamnya, diadakan majlis makan malam bersama tetamu kehormat Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor dan pegawai pegawai dari Tourism Malaysia


Sahabat Media bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor
Selepas majlis makan malam, kami dihiburkan oleh pemuzik pemuzik ‘bidanterjun’ yang berbakat dari Sahabat Media dengan menggunakan instrumen muzik yang  diperbuat dari bahan terbuang yang terdiri dari tin biskut, tudung periuk, periuk, cebisan almari, katil, paip & kereta sorong.


 
Selepas selesai sesi jamming, para peserta mula melakukan aktiviti bebas. Ada yang balik kebilik untuk berehat dan ada pula yang melakukan aktiviti memancing ikan di kolam yang disediakan. Kami pula melakukan aktiviti ATV mengelilingi Refreshing Spring Resort dan merentas hutan dan sungai sungai yang terdapat disitu dari jam 12 malam hingga jam 3 pagi. Aktiviti yang sangat mencabar kerana dilakukan dalam kegelapan malam dan hanya berpandukan lampu ATV.


Alamat : Refreshing Spring Resort
PT 4049, Mukim Sungai Gumut,
Kampung Gumut Tambahan
44100 Kalumpang, Selangor.

Email :
jeremy@refreshingspringsresort.com

No Tel :
012 5988 544

Terima kasih Tourism Malaysia, M-Mode Berhad dan Majalah Santai Travel.
Penulisan oleh : Myn Khairuddin – Rusman 
(https://www.facebook.com/myn.khairuddinrusman)
Gambar & Video : Myn & IQWAL
Suntingan Video : IQWAL







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.