VIDEO TERATAK RIVERVIEW RESORT
TERATAK RIVERVIEW RESORT
Teratak Riverview Resort adalah sebuah Eco Resort yang sangat unik.
Ianya terletak berhadapan dengan Sungai Bernam yang merupakan sempadan diantara negeri Perak dan Selangor. Lokasi peranginan ini dikelilingi kehijauan hutan semulajadi tropika dan deretan Banjaran Titiwangsa. Suasananya sangat segar dan nyaman.
Ianya terletak berhadapan dengan Sungai Bernam yang merupakan sempadan diantara negeri Perak dan Selangor. Lokasi peranginan ini dikelilingi kehijauan hutan semulajadi tropika dan deretan Banjaran Titiwangsa. Suasananya sangat segar dan nyaman.
Bilik kami yang terletak betul betul diatas bukit. Permandangan yang amat menakjubkan sejurus kami membuka tingkap. Kelihatan deretan Banjaran Titiwangsa yang tersergam indah, disertai desiran air sungai yang mengalir deras dihadapan bilik kami, nyaman dan dingin
Teratak Riverview Resort mempunyai pelbagai jenis penginapan dan kemudahan mampu sewa, iaitu chalet, asrama, tapak perkhemahan, dewan pelbagai guna dan dewan makan, yang boleh memuatkan beratus ratus orang pada satu masa.
AKTIVITI DI TERATAK RIVERVIEW RESORT
Aktiviti aktiviti menarik yang terdapat disitu adalah flying fox, aktiviti meredah hutan, water tubing, memancing, ekspedisi pacuan 4 roda (4x4), paintball, night walk dan banyak lagi. Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk melakukan aktiviti Flying Fox diwaktu malam, kerana kebiasaannya Flying Fox dilakukan pada waktu siang. Yang menarik lagi tentang aktiviti Flying Fox di Teratak Riverview Resort ini, pelantar kabel untuk menuruni laluan Flying Fox, terletak di negeri Selangor dan akan merentasi Sungai Bernam yang menjadi sempadan 2 buah negeri dan kami mendarat di negeri Perak.
Aktiviti yang paling mencabar ialah aktiviti merentasi sungai yang dalam dan deras, dengan pacuan 4 roda. Ia dilakukan oleh pemandu professional. Menakjubkan, apabila pemandu pacuan 4 roda itu berjaya melepasi halangan batu batu sungai yang besar dan berjaya sampai keseberang sungai dalam waktu yang singkat.
Aktiviti Tubing pula, seakan akan aktiviti water rafting.
Bezanya, kita hanya menggunakan pelampung untuk menyusuri sungai dengan duduk diatas pelampung dan dibiarkan hanyut mengikut arus sungai.
DURIAN! DURIAN! DURIAN!
Yang paling best, kami dihidangkan durian kampung yang baru gugur dari pokok, oleh pihak Teratak Riverview Resort sebelum kami berangkat pulang.
TERIMA KASIH TERATAK RIVERVIEW RESORT!
*Teratak
Riverview Resort adalah salah satu resort di Hulu Selangor didalam senarai lawatan Sahabat
Media Cuti Cuti 1 Malaysia yang dianjurkan oleh M Mode Berhad, Majalah Santai Travel
dan Tourism Malaysia dengan sokongan dari Majlis Daerah Hulu Selangor.
Untuk membuat tempahan, anda boleh menghubungi Teratak Riverview Resort melalui :
*Email : teratakriverview@yahoo.com
*Encik Mohamad Noor Hakim 013 533 5033
*Cik Norhanah 019 511 5033
*Pejabat 05 458 1037.
*Email : teratakriverview@yahoo.com
*Encik Mohamad Noor Hakim 013 533 5033
*Cik Norhanah 019 511 5033
*Pejabat 05 458 1037.
Terima kasih Tourism Malaysia, M-Mode Berhad dan Majalah Santai Travel.
Penulisan oleh : Myn Khairuddin – Rusman (https://www.facebook.com/ myn.khairuddinrusman)
Penulisan oleh : Myn Khairuddin – Rusman (https://www.facebook.com/
Gambar & Video : Myn & IQWAL
Suntingan Video : IQWAL
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.