Sunday 19 January 2014

BANGHURIS HOMESTAY


BANGHURIS HOMESTAY
 
Banghuris Homestay terletak didaerah Sepang iaitu lebih kurang 60km dari Kuala Lumpur dan 35km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

VIDEO BANGHURIS HOMESTAY

Banghuris Homestay telah beroperasi sejak 10 tahun yang lalu, menggabungkan tiga buah kampung iaitu, Kampung Bukit Bangkong,Kampung Hulu Chuchuh dan Kampung Hulu Teris. Homestay yang dikelilingi ladang kelapa sawit, pokok-pokok getah, pokok buluh dan kebun buah buahan mempunyai penduduk seramai lebih 3,000 orang, pasti akan menambat hati pengunjung dengan cara hidup mereka, budaya dan tradisi mereka.

IQWAL & Sahabat Media CC1M telah berpeluang melawat Homestay Banghuris pada Disember 2013, bersempena dengan promosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Kami disambut dengan paluan kompang oleh Kumpulan Kompang Banghuris Homestay.
Tetamu dihiburkan oleh  IQWAL

Durian Kampung juga dihidangkan kepada kami
YUMMY! YUMMY! YUMMY!



Air Kelapa yang sangat menyegarkan
 

Mee Sup Daging
 


MENOREH GETAH
Banghuris juga menawarkan pelbagai aktiviti agro pelancongan termasuklah lawatan ke ladang getah. Kami diberi tunjuk ajar menoreh getah dan menggelek getah skrap oleh pengusaha homestay.
Untuk video, sila klik sini >>> IQWAL @ Banghuris Homestay

IQWAL diladang getah Baghuris Homestay
IQWAL menggelek getal skrap


KEBUN BULUH ALA ALA KOREA DI BANGHURIS HOMESTAY
Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar diladang buluh ala ala drama Korea. 
Kebun Buluh Banghuris Homestay, sangat cantik!
     

Bersama BLOGRRR!
    





LADANG  KELAPA  SAWIT
Diladang kelapa sawit pula anda boleh mencuba penuaian buah kelapa sawit. 
Photo : Credit to Nisa Kay


LADANG  KOPI  BANGHURIS
Diladang kopi pula, kita boleh menyaksikan proses membuat kopi dengan menggunakan peralatan tradisional.



PERUSAHAAN DESA
Sememangnya Kampung Banghuris terkenal dengan perusahaan desanya seperti kerepek kentang, ubi kayu dan banyak lagi makanan ringan yang dijadikan jualan komersil sebagai aktiviti ekonomi di kampung tersebut.


IQWAL & Sahabat Media bergambar bersama pengusaha Homestay Banghuris

PAKEJ  BANGHURIS  HOMESTAY

2 Hari 1 Malam dari  RM 150.00 seorang
Termasuk Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam

3 Hari 2 Malam dari  RM 250.00 seorang
Termasuk Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam

Tetamu Banguris Homestay juga akan dihiburkan dengan tarian rakyat dan muzik klasik  menggunakan instrumen tradisional. 


Alamat 
   Banghuris Homestay, Jalan Tailong, Kg. Hulu Chuchoh
    43950 Sg Pelek, Sepang, Selangor

Untuk Tempahan

03 3142 1019


Mobile
012 662 8548 (Haji Basir Wagiman)

019 232 5758 (Haji Salam Wagiman) 

019 391 9547 (Puan Misriah Natijo)


Email

banguris_homestay@yahoo.com



Fax
 

603 3142 1010


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.